MENGAPA BAHAN BANTU MENGAJAR DIPERLUKAN

5.0       MENGAPA BAHAN BANTU MENGAJAR DIPERLUKAN
Bahan Bantu Mengajar (BBM) diperlukan adalah untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai pendapat mengenai maksud pengajaran. Pengajaran bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994).  Oleh itu, seseorang guru yang berpengetahuan luas pastinya akan menggunakan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Dalam hal ini, BBM yang digunakan guru tersebut pastinya akan memberikan satu imej yang mendalam kepada para pelajar. Pelajar akan dapat ingat dalam jangka waktu yang lama tentang alat bahan bantu mengajar yang dia tengok. Keadaan ini pastinya akan meningkatkan daya tumpuan pelajar semasa pelajar. Oleh itu, guru tersebut hanya perlu memberikan penerangan kepada alat bahan bantu mengajar tersebut. Keadaan ini pastinya akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
            Seterusnya,  Bahan bantuan mengajar (BBM) diperlukan kerana bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai pengajaran yang menyedia dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Guru berkesan merupakan keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang memberi kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar seperti dinyatakan oleh Malikow, M. (2006). Ianya dapat diaplikasikan dengan pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, dan kemahiran melaksanakan aktiviti. Dalam konteks ini, guru seharusnya merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar.
            Selain itu, BBM diperlukan supaya dapat memberikan pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Dalam hal ini, pelajar akan mendapat pengalaman melalui BBM berasaskan teknologi. BBM yang berasaskan teknologi amat memberi kesan kepada pelajar. Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang diwujudkan oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru, guru perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologi sistem audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar. Di samping itu juga, teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Jelaslah, pengalaman pelajar dapat ditingkatkan melalui pembelajaran berasaskan teknologi.
Seterusnya, BBM diperlukan supaya dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar.

No comments:

Post a Comment