KESIMPULAN

 6.0  KESIMPULAN


Kesimpulannya,  penggunaan BBM yang hanya berasaskan bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru. Penggunaan BBM yang lain seperti poster/carta, perisian komputer dan LCD projektor pula adalah pada tahap sederhana. Manakala tahap penggunaan peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, radio dan kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah.  Bahasa Melayu mempunyai kepentingannya dalam walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

Diharapkan dengan penghasilan bahan bantu mengajar daripada kumpulan kami iaitu 'kotak ilmu misteri' dapat memudahkan pengajaran para guru di dalam kelas dan menjadikan proses pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan dan kondusif serta meningkatkan kefahaman yang tinggi kepada pelajar di sekolah.

No comments:

Post a Comment