KOTAK ILMU MISTERI


Dalam melaksanakan tugasan ini, kumpulan kami telah memilih dua jenis teknik bahan bantuan mengajar bagi membantu pelajar untuk lebih memahami apa yang dipelajari dan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP) menyeronokkan dan kondusif. Bahan bantu mengajar kami lebih tertumpu kepada kefahaman pelajar terhadap teks yang dibaca kemudian memahami soalan-soalan yang telah disediakan. Menerusi teknik menerap imej kami telah menghasilkan sebuah kotak yang digelar kotak ilmu misteri dan teknik membaca lantang pula kami menyediakan teks yang dibacaoleh pelajar bagi memahami kandungan yang akan dijawab di dalam kotak ilmu misteri. Langkah pertama yang perlu difahami oleh guru dalam menjalankan aktiviti atau teknik ini di dalam pembelajaran ialah guru harus memanggil seorang pelajar untuk ke hadapan dan membaca teks yang disediakan secara lantang dengan gema atau intonasi suara yang betul.

Selesai membaca teks, pelajar tersebut akan menyerahkan kotak ilmu misteri kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Pelajar yang menerima kotak ilmu misteri itu harus membuka dan menjawap soalan yang berada di dalam kotak tersebut. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru di dalam kotak ilmu adalah berdasarkan gambar-gambar yang mewakili jawapan kepada soalan yang diberikan. Seterusnya, pelajar yang berkenaan harus menjawap satu soalan dan memilih satu jawapan yang betul daripada empat pilihan jawapan. Selesai menjawap, kotak ilmu akan diserahkan kepada pelajar yang seterusnya. Langkah-langkah pengajaran ini dapat meningkatkan keseronokan pelajar untuk belajar di samping melatih pelajar untuk fokus terhadap apa yang dibacakan atau diajar di hadapan. 

No comments:

Post a Comment