TEKNIK MENERAP IMEJ
Menerap
imej ialah satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan
bahan yang dibaca sebagai cara untuk mempertingkatkan kefahaman. Tiga perkara
asas dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri.
Perkara asas ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan teknik ini.
Terdapat beberapa langkah yang perlu di ambil dalam pelaksanaan teknik ini,
iaitu :
1)
Perkenalkan
apa,mengapa dan bagaimana menggunakan teknik tersebut.
2)
Pilih
teks berbentuk diskriptif yang panjagnya lebih kurang 100 patah perkataan dan bacakan dengan lantang.
3)
Tunjuk
cara strategi kepada pelajar. Guru melakukan teknik berfikir dan bersuara dan kemudian berkongsi pengetahuan sedia ada
serta hubungan peribadi beliau dengan teks
dengan pelajar. Perkara ini dilakukan terutamanya apabila bertemu dengan perkataan yang menarik di dalam
teks.
4)
Membekalkan
latihan berpandu. Mengajak pelajar untuk menghuraikan imej yang mereka gambarkan ketika membaca lantang
berlangsung. Galakkan pelajar untuk mencatat
persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan.
5)
Sokongan
ketika latihan kendiri.
6)
Sediakan
latihan kendiri terpilih. Ketika pelajar sudah mahir menggunakan teknik menerap imej ini disediakan peluang untuk
mereka menggunakan strategi ini ke atas teks-teks
lain yang bersesuaian.
TEKNIK BACA LANTANG-GEMA
TEKNIK BACA LANTANG-GEMA
Teknik membaca gema ini dipilih kerana bersesuaian
melihat kepada faktor para pelajar dan juga alat bantu mengajar yang digunakan
(Kotak ilmu) dengan gabungan teknik menerap imej. Membaca gema bertujuan untuk
meningkatkan kefasihan pelajar yang mempunyai masalah dalam bacaan. Selain itu,
teknik ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada ketepatan dan kefasihan
dalam pembacaan. Membaca gema melibatkan kemahiran pandang, dengar, tutur, dan
sentuh semasa proses belajar membaca. Jadi ianya amat sesuai digunakan dengan
alat bantu mengajar yang telah disediakan. Sama seperti teknik-teknik lain
latihan untuk memahirkan diri dengan teknik membaca gema ini bermula dengan
sesuatu yang mudah dan kemudiannya bergerak ke arah yang lebih sukar. Pelbagai
jenis bahan bantu mengajar lain lagi yang boleh digunakan dalam membaca gema
bagi mengekalkan minat pelajar seperti penggunaan majalah dan surat khabar.
Membaca gema bertujuan membantu pelajar yang lemah dan mempunyai kesukaran
membaca. Dengan adanya teknik membaca gema ini kaedah pembelajaran lama dapat
ditinggalkan dan kaedah pembelajaran baharu diperkenalkan yang menfokuskan
corak pembelajaran yang menjurus kepada corak bacaan yang lancar.
Perkara awal yang diambil kira dalam membaca gema
ialah pemilihan bahan bacaan yang digunakan. Teks cerpen Ibu dan Ceper telah
digunakan semasa sesi pembelajaran. Selain itu, sebelum memulakan bacaan, guru
akan memberikan arahan awal kepada pelajar supaya dan kehadapan untuk membaca
teks secara lantang sambal didengari oleh pelajar lain. Guru akan membimbing
pelajar untuk membaca dengan nada dan intonasi yang betul. Semasa proses bacaan
dimulakan, penyebutan perkataan adalah amat dititik beratkan dan pelajar
dilatih untuk melakukannya sebaik mungkin.
Proses membaca gema ini dilakukan dengan pelajar akan
duduk di hadapan sambil bahan bacaan yang dipaparkan di papan putih. Setelah
pelajar bersedia kedua-dua guru dan pelajar akan membaca secara serentak dengan
cara suara guru di arah ke telinga pelajar pada jarak yang dekat. Kadar
pembacaan guru adalah sedikit kuat dan lebih cepat daripada pelajar. Sekiranya
pelajar sudah menguasai bahan bacaan, guru akan meneruskan pembacaan dengan
suara yang lebih lembut atau sedikit ketinggalan di belakang pelajarnya. Namun
demikian, bagi pelajar yang masih teragak-agak, guru perlu memberi peneguhan
serta-merta dengan cara meningkatkan nada dan kelajuaan bacaannya. Proses
membaca gema ini dilakukan dengan cara guru dan pelajar akan mengulangi ayat
dan perenggan yang sama berulang-ulang kali sehingga bacaan menjadi lancar dan
fasih. Seterusnya, guru juga boleh menggunakan teknik meletakkan jari di bawah
perkataan yang dibaca dan bergerak seiring dengan pembacaan pelajar supaya
proses pembacaan pelajar akan menjadi lebih berfokus. Pelajar lain di dalam
kelas juga akan dapat sama-sama belajar untuk membaca dengan cara bacaan yang
betul.
Membaca gema ini memberikan kesan positif kepada
pelajar kerana mereka akan menggunakan semaksimum yang mungkin deria
pendengaran (aural) dan penglihatan (visual) mereka. Namun begitu, teknik gema
ini mempunyai tempoh masa tertentu iaitu setelah menggunakan kaedah membaca
gema ini selama empat jam dan tiada menampakkan hasil maka guru hendaklah
menamatkannya dan mencari kaedah lain bagi membantu pelajar membaca. Hal inilah
yang perlu dititikberatkan oleh guru untuk membimbing para pelajar agar dapat
membaiki diri dari kea rah yang lebih baik. Jika gagal dengan cara “A”, maka
gunalah cara “B”. Guru perlulah lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan
pengajaran di dunia serba moden ini.
No comments:
Post a Comment