Tuesday 10 May 2016

Bahan Bantu Mengajar

1.0       Pengenalan
            Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikanpembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yangtersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981: 2), bertajuk “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘alat bantu‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesame murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apadigunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik. David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran danpenerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan.Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik,psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakanuntuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.